Saturday, February 9, 2013


:: Komponen Asas Komputer::

Komponen-komponen komputer terdiri daripada:


1. Input 
- Menerima data arahan daripada pengguna. Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse), Pengibas              (Scanner)  

- Untuk memasukkan data ke dalam computer. 

2. Output 
- Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk tayangan atau
cetakan (hardcopy). 
-Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)




3. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) 
- Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan daripada 
memproses data arahan yang diterima. 
- Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan sekunder atau 
mengeluarkan kepada alat output. 
- Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama: 
             i) Unit Kawalan 
             - Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang diterima, kawalan aktif alat-alat 
             input/output, storan ingatan unit arithmetic dan logik. 
             - Mengawal pengaliran data di dalam komponen-komponen komputer yang 
             lain berjalan lancar. 

             ii) Unit Arithmetik dan Logik
             - Menerima data daripada ingatan komputer, proses data berdasarkan arahan yang
             diterima (+, -, *, /, logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam storan sekunder
             dan ingatan.

4. Ingatan
- Kegunaannya:
              i. Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.
              ii. Menyimpan arahan oleh pengguna.
              iii. Menyimpan arahan yang sedang diproses.
- Terdapat dua (2) jenis ingatan:
              i. ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja.
              ii. RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.
- Saiz ingatan komputer diukur dalam unit  Byte. 1 Byte bersamaan dengan 8 Bit
(Binary digit 0 dan 1).



5. Storan Sekunder 
- Contoh: Hard disk, Disket, CD-ROM, USB storage

6. Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian: 
i. Perkakasan
- Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.
- Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM, Tetikus (mouse),Unit                    Pemprosesan Pusat (CPU) dan lain-lain. 

 ii. Perisian
 - Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita berhubung dengan
    komputer.
 - Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu dipatuhi oleh
    komponen komputer untuk menghasilkan aktiviti tertentu.

Rajah Komponen Asas Komputer



No comments:

Post a Comment