Saturday, February 9, 2013

Lembaran Kerja (Spreadsheet)


Lembaran kerja atau spreadsheet merupakan satu perisian yang sangat penting dalam pengurusan terutamanya dalam sektor kewangan dan perbankan. Dalam sektor perbankan dan kewangan, lembaran kerja telah digunakan untuk menggantikan penggunaan buku lejar supaya segala aktiviti dan transaksi dapat direkodkan dengan lebih efisyen. Antara perisian-perisian lembaran kerja yang dicipta sejak zaman 70an hingga sekarang adalah:

i) Tahun 1979 : Visi-Cal, Lotus 1-2-3, Quattro-Pro

Lotus 1-2-3

Quattro-Pro

Visi-Cal


















i) Tahun 1980an : MS Excel
MS Excel

   
Antara faktor-faktor utama mengapa lembaran kerja semakin popular adalah:

i) Persekitaran kerja yang mudah untuk mengurus dan menetapkan format data serta melaksanakan operasi pengiraan matematik.
ii) Data numerikal boleh diterjemahkan ke dalam bentuk graf dan carta dengan mudah.
iii) Formula arithmetik dan logik boleh dimasukkan dalam operasi pengiraan secara automatik.


:: Microsoft Excel ::

Microsoft excel 2007 merupakan satu aplikasi spreadsheet (lembaran kerja) yang paling popular digunakan untuk membantu dalam pengiraan biasa, pengiraan berformula, menganalisa data dan mudah mengolah data dalam bentuk graf.

Secara asasnya, excel mempunyai 3 lembaran kerja (worksheet) yang diwakili oleh tab lembaran kerja di bawah tetingkap. Excel mempunyai kolum menegak dan baris melintang. Kolum menegak di wakili dengan abjad A,B,C dan seterusnya. Manakala baris melintang diwakili dengan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Ruang pertindihan antara kolum dan jalur dikenali sebagai sel.

Microsoft excel juga mempunyai butang Office yang sama seperti Microsoft Word. Perbezaan antara lain adalah di bahagian Ribbon nya.

Ribbon

Ribbon adalah merupakan panel yang berada di bahagian atas dokumen. Terdapat 7 tab kesemuanya iaitu Home, Insert, Page Layouts, Formulas, Data, Review dan View. Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan.  Ciri-ciri kumpulan yang terdapat dalam Excel adalah seperti dibawah:

·         Home:  Clipboard, Fonts, Alignment, Number, Styles, Cells, Editing
·         Insert: Tables, Illustrations, Charts, Links, Text
·         Page Layouts: Themes, Page Setup, Scale to Fit, Sheet Options, Arrange
·         Formulas: Function Library, Defined Names, Formula Auditing, Calculation
·         Data:  Get External Data, Connections, Sort & Filter, Data Tools, Outline
·         Review:  Proofing, Comments, Changes
·         View: Workbook Views, Show/Hide, Zoom, Window, Macros

Lembaran Kerja Microsoft Excel

Cara penggunaan microsoft excel boleh dipelajari dengan lebih teliti dengan klik link di bawah ini :

atau dengan menonton video di bawah ini:









No comments:

Post a Comment