Friday, February 8, 2013

Pengenalan: Teknologi Maklumat

::Teknologi Maklumat::

Teknologi maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information Technology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyrakat. Oleh itu pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Teknogi maklumat merujuk kepada dua perkataan berbeza iaitu Teknologi (T) dan maklumat (I). Teknologi adalah semua jenis perkakasan atau peralatan (televisyen, radio, komputer, etc) manakala maklumat adalah data yang telah diproses dan direkodkan. Kesimpulannya, maklumat adalah fakta yang boleh disebarkan dan digunakan untuk membuat keputusan.

Menurut Ben-Zion Berta et al. (1995) teknologi maklumat merujuk kepada tiga komponen utama iaitu:

                                                             
                                         i) Perkakasan (hardware)
                                         ii) Perisian
                                         iii) Faktor Kemanusiaan (human factors)

::Teknologi Maklumat dan Komunikasi::

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia meliputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah. Ia juga melibatkan penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

::Pengurusan::

Pengurusan merujuk kepada usaha menghidupkan organisasi agar ia berfungsi kearah mencapai objektif-objektif yang tercatat di dalam visi dan misi sesuatu organisasi. Menurut John A. Philips (2001), pengurusan terdiri daripada usaha-usaha yang mendorong individu-individu dalam sesebuah organisasi untuk bekerja sama ke arah mencapai objektif-objektif tertentu.


(Sumber: Sufean Bin Hussin (2005), Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan)



No comments:

Post a Comment